KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan salah satu kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang tertera di bawah.

BIL. TAJUK KOD BIDANG TARIKH & MASA TAKLIMAT SEBUT HARGA TEMPAT TAKLIMAT
27/2022
(MEK)
Sebut Harga Perkhidmatan Sewaan Jentera dan Jentera Berat Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah Bagi Tempoh 24 Bulan 110201 / 110202 / 110301 / 110302 / 110303 / 110304 / 110399 / 221503

Tarikh
21 Mac 2022

Masa
10.00 pagi

Kehadiran Adalah Wajib

Dewan Auditorium, Menara MPSPK

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 21 Mac 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.

Dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran berkenaan di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 28 Mac 2022 jam 12.00 tengah hari.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 15 Mac 2021

Skip to content