10 MAC 2022 (KHAMIS)

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 Tahun 2022 Majlis Daerah Yan (MDY) ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., secara hibrid bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Yan pada jam 12.00 tengah hari.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan menerima dan meluluskan Minit Mesyuarat MBJ Bilangan 3 Tahun 2021 MDY bertarikh 16 Disember 2021 yang lalu.
Agenda mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan laporan perkara-perkara berbangkit, perbincangan perkara-perkara / usul-usul baharu dari pihak Pekerja serta hal-hal lain.


Antara perkara – perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah isu-isu yang melibatkan kebajikan pekerja, perjawatan serta pengurusan dan keselamatan pejabat.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Ketua-Ketua Unit / Jabatan dan wakil-wakil dari pihak pekerja Majlis Daerah Yan.

Skip to content