10 MAC 2022 (KHAMIS)

Mesyuarat JKPAK Bilangan 4 Tahun 2021 MDY dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., secara hibrid bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Yan bermula jam 10.00 pagi.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat JKPAK Bilangan 3 Tahun 2021 MDY bertarikh 3 November 2021 yang lalu.


Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan perkara-perkara baharu iaitu pembentangan laporan-laporan bagi Suku Keempat Tahun 2021 berakhir 31 Disember 2021.


Antara laporan – laporan yang dibentangkan ialah Laporan Peruntukan Perolehan Aset Alih, Laporan Kedudukan Semasa / Pemeriksaan dan Penyelenggaraan dan disusuli dengan Laporan Kedudukan Semasa Aset Stok MDY keseluruhannya bagi Suku Tahun Keempat 2021 berakhir 31 Disember 2021.


Turut hadir bersama ialah Tuan Setiausaha MDY, Penolong Akauntan MDY, Ketua-Ketua / wakil Unit dan Jabatan MDY
serta Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaaan (JKPAK) dan Pengurusan Stor MDY.

Skip to content