10 MAC 2022 (KHAMIS)

Mesyuarat JPKA Bilangan 4 Tahun 2021 MDY dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., secara hibrid bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Yan bermula jam 11.00 pagi.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat JPKA Bilangan 3 Tahun 2021 MDY bertarikh 3 November 2021 yang lalu.
Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan perkara-perkara baharu iaitu Laporan JPKA Suku Tahun Keempat 2021 (Oktober 2021 – Disember 2021).


Laporan-laporan JPKA yang dibentangkan termasuklah Laporan Pengurusan Bajet (Perbelanjaan Mengurus danPembangunan), Laporan Kedudukan Bil Tertunggak, Laporan Pengurusan Perolehan (Sebut Harga), Laporan Pengurusan Aset dan Stor bagi Suku Keempat Tahun 2021 berakhir 31 Disember 2021.


Turut hadir bersama ialah Tuan Setiausaha MDY, Penolong Akauntan MDY, Ketua-Ketua / wakil Unit dan Jabatan MDY serta Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) MDY.

Skip to content