KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini :-

BIL. TAJUK NO. SEBUT HARGA KOD BIDANG
1. Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Pokok Teduhan di Laluan Jalan Utama Serta Laluan Kabel Elektrik / Lampu Jalan dan Kawasan Perumahan Zon A Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman 01/2021
(LR)
221402
atau
221002
2. Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Pokok Teduhan di Laluan Jalan Utama Serta Laluan Kabel Elektrik / Lampu Jalan dan Kawasan Perumahan Zon B Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman 02/2021
(LR)
221402
atau
221002
3. Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Pokok Teduhan di Laluan Jalan Utama Serta Laluan Kabel Elektrik / Lampu Jalan dan Kawasan Perumahan Zon C Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman 03/2021
(LR)
221402
atau
221002
4. Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Pokok Teduhan di Laluan Jalan Utama Serta Laluan Kabel Elektrik / Lampu Jalan dan Kawasan Perumahan Zon Cawangan Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman 04/2021
(LR)
221402
atau
221002

 

Tarikh Lawatan Tapak : 23 Mac 2022
Masa : 10.00 pagi
Tempat Lawatan Tapak : Pejabat Tapak Semaian MPSPK

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (tunai)

 

Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 23 Mac 2022 pada hari dan waktu seperti dibawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Penyebut harga dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 30 Mac 2022 jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 16 Mac 2021

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)