15 MAC 2022 (SELASA)

Majlis Penyerahan Inden Kepada Kontraktor Yang Berjaya Dalam Sebutharga Majlis Daerah Yan Tahun 2022 telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.


Seramai 7 kontraktor berjaya memperolehi 7 projek berkenaan berdasarkan pemilihan oleh Jawatankuasa Pemutus Sebut Harga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemutus Sebut Harga Majlis Daerah Yan Bil. 1 Tahun 2022 pada 13 Mac 2022 yang lalu berdasarkan peruntukan projek yang disalurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) .


Tahniah diucapkan kepada semua kontraktor yang berjaya tersebut.
Semoga kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh masa ditetapkan dan disiapkan dengan mematuhi spesifikasi kerja ditetapkan, kemas dan berkualiti.


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) KPKT atas kelulusan penyaluran peruntukan bagi projek – projek tersebut.

Skip to content