15 MAC 2022 (SELASA)

Sesi Kunjung Hormat yang diketuai oleh Pengarah Kolej Komuniti Jerai, Encik Mohd Suffian Halmi bin Hashim kepada Tuan Pegawai Daerah Yan ini telah diadakan pada jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Tuan Pegawai Daerah Yan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.


Ia diadakan bertujuan menerangkan tentang pelbagai perkara berkaitan Kolej Komuniti Jerai kepada Tuan Pegawai Daerah Yan di samping perbincangan berhubung perancangan masa hadapan dan jangka panjang Kolej Komuniti tersebut termasuk dari aspek pendidikan sepanjang hayat khususnya untuk masyarakat di Daerah Yan.


Sesi ringkas tetapi bermakna ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar pihak pengurusan Kolej Komuniti Jerai bersama Tuan Pegawai Daerah Yan.


Turut serta dalam kunjungan berkenaan ialah Pegawai Pembangunan Kolej Komuniti Jerai, Encik Mohd Azmi bin Hambali dan Pegawai Pengambilan, Puan Ummi Atiqah binti Ahmad.

Skip to content