23 MAC 2022 (RABU)

Majlis Penyerahan Inden Kerja di bawah peruntukan Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) yang disalurkan melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah diadakan pada jam 1.30 tengah hari bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM .


Inden kerja dan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek ini disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan (MDY), Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. kepada wakil kontraktor yang terpilih dari proses sebut harga yang telah dilaksanakan iaitu Syarikat AKM Gemilang Enterprise bagi melaksanakan projek


Mengurangkan Kos Utiliti Dan Pengindahan Landskap Di Dewan Dato’ Madi Yan, Kedah Darul Aman.
Skop projek ini termasuklah menukar penghawa dingin biasa kepada jenis jimat tenaga, menukar lampu pendaflour kepada jenis LED, memasang Sistem SPAH dan kerja – kerja pengindahan landskap dengan tempoh projek selama 6 minggu.


Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) atas kelulusan penyaluran peruntukan kepada Majlis Daerah Yan (MDY) bagi projek ini.


Semoga projek ini nanti bakal memberi impak positif kepada MDY khususnya dari aspek penjimatan tenaga dan kos utiliti serta memenuhi objektif projek dan mencapai sasaran visi teknologi hijau oleh pihak KASA.

Skip to content