22 MAC 2022 (SELASA)

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) MDY Bil. 2 Tahun 2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., diadakan secara hibrid pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah, Yan.


Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 1 Tahun 2022 yang diadakan pada 16 Februari 2022 yang lalu serta laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.


Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan perkara baharu iaitu Taklimat Ringkas Libat Urus Untuk Mendapatkan Input Berkenaan Proses Permohonan Kerja Ukur Pemasangan dan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah bagi Daerah Yan oleh Syarikat Ekosistem Digital dan Teknologi Darul Aman.


Selain itu, mesyuarat turut membincang dan mempertimbang lapan (permohonan antaranya termasuklah Kebenaran Merancang Terhad, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah serta Pelan Jalan dan Parit.
Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara hibrid dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Ahli-Ahli Majlis MDY, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal serta Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan urus setia MDY yang terlibat.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content