23 MAC 2022 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 3 TAHUN 2022.

Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam hibrid (bersemuka dan secara atas talian) dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Rohaizad bin Rashid., SDK., AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 2 Tahun 2022 yang diadakan pada 21 Februari 2022 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Februari 2022.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 sehingga 23 Mac 2022 di Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara maya ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content