MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PERSONEL, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KHIDMAT PERBANDARAN DAN KEMASYARAKATAN SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN, PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, KEMUDAHAN AWAM DAN PENGINDAHAN MAJLIS DAERAH YAN BIL.2 TAHUN 2022

23 MAC 2022 (RABU)

Mesyuarat – mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.


Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 1 Tahun 2022 yang diadakan pada 16 Februari 2022 lalu.
Mesyuarat diteruskan dengan laporan maklumbalas perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baharu serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap jabatan / bahagian MDY bagi bulan Februari 2022.


Turut hadir dalam mesyuarat – mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Tuan Setiausaha MDY, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY serta para urus setia Majlis Daerah Yan berkaitan .

Skip to content