23 MAC 2022 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 3 TAHUN 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bilangan 3 Tahun 2022 telah diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) melalui aplikasi Google Meet dan dipengerusi oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad Bin Rashid., SDK., AMK., BCK yang menghadirkan diri secara atas talian bermula jam 9.00 pagi.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 02 Tahun 2022 yang diadakan pada 21 Februari 2022 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baru iaitu Permohonan Kebenaran Merancang dan Permohonan Kelulusan Bangunan (As Built) dan mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB bagi tempoh 01 Januari 2022 hingga 22 Mac 2022.

Turut serta dalam mesyuarat ini secara bersemuka ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB berkaitan.

Skip to content