KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH (TERBUKA) PIALA KETUA POLIS KEDAH 2022 SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-215.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kerana telah berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah (Terbuka) Piala Ketua Polis Kedah 2022 yang julung-julung kali diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah pada 25 Mac 2022 sehingga 27 Mac 2022.
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Polis Kedah, YDH CP Tuan Wan Hassan Bin Wan Ahmad.
 
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor.
 
Tempat Ketiga kejohanan ini membawa pulang hadiah utama 15 Ekor Itik, wang tunai berjumlah RM 2,000 serta hadiah-hadiah sampingan.
 
sumber: Polis Kedah
 
 
 
 
Skip to content