24 MAC 2022 (KHAMIS)

Program Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadan Daerah Yan Bagi Tahun 2022 ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.
Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Yan (MDY) dan disusuli oleh wakil Pusat Kesihatan Daerah Yan (PKDY) berkaitan Cara Pengendalian Makanan Yang Selamat dan Bersih kepada peniaga-peniaga yang hadir.


Program diteruskan lagi dengan cabutan nombor tapak oleh para peniaga tersebut berdasarkan lokasi – lokasi Bazar Ramadan ditetapkan iaitu Bukit Besar, Sungai Limau Dalam dan Pekan Yan Besar yang melibatkan 80 buah tapak. Selain itu, para peniaga juga dibekalkan dengan apron seragam yang disediakan oleh Majlis Daerah Yan (MDY) dan Pejabat Kesihatan Daerah Yan (PKDY).


Turut serta di dalam program ini ialah Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY dan urus setia program dari Bahagian Kesihatan Persekitaran MDY.


Semoga program seperti ini dapat membantu para peniaga untuk membuat persediaan secukupnya dari pelbagai aspek sebelum masing – masing memulakan perniagaan semasa Bazar Ramadan yang bakal bermula pada awal April 2022 ini.


Selain itu, diharap para peniaga juga dapat menyediakan juadah berbuka puasa dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MDY dan PKDY terutamanya dari aspek kualiti dan kebersihan makanan serta para penjaja berkaitan.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)