Majlis Sumbangan Kurniaan Keluarga DiRaja Sultan Negeri Kedah Sempena Sambutan Bulan Ramadan Bagi Tahun 1443H / 2022 ini telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Jamuan Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.


Majlis Sumbangan Kurniaan Keluarga DiRaja Sultan Negeri Kedah ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah secara simbolik kepada semua Pegawai Daerah / wakil yang hadir untuk diagihkan kepada para penerima yang telah dikenalpasti di peringkat mukim di daerah masing – masing.


Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini sempena menyambut bulan Ramadan 1443H yang bakal tiba tidak lama lagi.


Semoga dengan sumbangan kurniaan ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan sebagai persediaan menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.

Skip to content