31 MAC 2022 (KHAMIS)

CERAMAH IHYA RAMADAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU 1443H / 2022

 Majlis Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan satu program berbentuk kerohanian iaitu Ceramah Ihya Ramadan Peringkat Daerah Bandar Baharu 1443H / 2022 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah sempena sambutan bulan Ramadan Al-Mubarak Tahun 1443H/2022 kali ini.

Ceramah berkenaan dikelolakan oleh Ustaz Roslan Bin Mat, Penolong Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu selaku moderator dengan penceramah jemputan yang dibawakan khas iaitu Ustaz Jafri Bin Abu Bakar, Mudir Kompleks Islam Darul Faizin dengan tajuk menarik iaitu “Ambang Ramadan” yang bermula sekitar 9.00 pagi.

Majlis tersebut juga dipaparkan secara langsung menerusi aplikasi “Facebook MDBB” untuk tontonan audiens yang mengikuti secara atas talian.

Majlis ceramah berlangsung selama 2 jam dengan penerangan berkenaan kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan dan ibadah puasa serta sunat-sunat yang boleh dilakukan dalam mencari pahala berganda bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab antara penceramah dan peserta yang hadir memeriahkan program di Dewan Serdang, Serdang, Kedah.

Akhir sekali, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati daripada pihak Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat ADUN Daerah Bandar Baharu kepada moderator dan penceramah jemputan bersama-sama sumbangan kurma kepada semua kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Skip to content