KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

BIL. PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
51/2022
(KEJ)
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Merbok Tapak Up-Town Sungai Petani, Kedah Darul Aman CIDB

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK)

Gred : G2 & G3

Pengkhususan E04, E06, E16, E17, E21

Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK)

Kontraktor tempatan yang berdaftar di negeri Kedah

52/2022
(KEJ)
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan di Taman Ria Menghala ke Jalan PKNK 2, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
53/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan di Jalan Utama Anggerik Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
54/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan Jenis LED 120 Watt di Jalan Lencongan Timur Hadapan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
55/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan Jenis LED 90 Watt di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
56/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan Jenis LED 200 Watt di Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 14 April 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    1.45 petang – 4.00 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    1.45 petang – 2.30 petang

Kontraktor dikehendaki membawa dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) serta satu salinan semasa membeli dokumen sebut harga.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 21 April 2022 jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

Untuk Makluman
Lawatan tapak tidak diadakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Tuan / puan boleh melawat sendiri kawasan / tapak berkenaan sepanjang tempoh sebut harga ini dijual. Sekiranya pihak tuan / puan ingin melawat kawasan / tapak berkenaan, sila pastikan pihak tuan / puan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka.

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 06 April 2022

Skip to content