Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan (MDY), Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Mesyuarat mengambil maklum berkenaan laporan – laporan :
a) Pencapaian Training Road Map (TRM) bagi pegawai dan kakitangan lantikan tetap dan kontrak PDTY dan MDY (dikemaskini sehingga tarikh 30 Mac 2022).
b) Senarai kakitangan yang belum mencapai 2 hari Kursus Competency Development Programme (CDP) dan 2 hari Kursus Self and Career Development Programme (SCDP) sehingga 30 Mac 2022.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan dan mengenal pasti beberapa program kursus / latihan yang bersesuaian dan diperlukan oleh para pegawai dan kakitangan mengikut gred dan skim perjawatan selaras dengan Training Road Map (TRM) yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat SUK Kedah.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), para Penghulu Mukim dan Ketua- ketua Unit PDTY, Ketua – ketua Jabatan MDY dan urus setia dari Bahagian Pentadbiran PDTY serta Jabatan Khidmat Pengurusan MDY.

Skip to content