MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Majlis tersebut telah berlangsung pada 7 April 2022 (Khamis) bersamaan 5 Ramadan 1443 hijrah, jam 6.00 petang bertempat di Masjid Al-Majidi, Kampung Sungai Layar Hujung, Sungai Petani. Sumbangan telah disampaikan oleh YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Penyampaian sumbangan oleh YAB Menteri Besar telah melibatkan guru Al-Quran sukarela, mudim, bidan kampung, jurumandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur.

Turut bersama, YB Dr Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam merangkap ADUN Sidam, YB Ustaz Hanif bin Haji Ghazali, ADUN Tanjung Dawai, Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK, Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, barisan Ahli Majlis MPSPK serta masyarakat sekitar.

Skip to content