Program Tadarus Al-Quran anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) MDY ini telah bermula pada 4 April 2022 (Isnin) mengikut waktu berdasarkan ketetapan kumpulan tadarus masing-masing bertempat di Majlis Daerah Yan.

Para warga MDY yang menyertai program ini telah dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut juzuk yang telah diselaraskan oleh Biro Agama, Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) MDY. Program ini diadakan secara berkumpulan dan dibaca bergiliran sehingga khatam Al-Quran.Seterusnya, program ini turut menyasarkan agar tempoh untuk menghabiskan juzuk mengikut kumpulan masing-masing berkenaan sebelum / pada 21 April 2022 (Khamis).

Selain itu, para peserta program ini juga akan menerima sijil penyertaan oleh KSR MDY.Semoga aktiviti bermanfaat seperti program tadarus ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para warga MDY, memantapkan ilmu dan kemahiran membaca Al-Quran, mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan Ramadan yang mulia serta memperoleh syafaat di akhirat kelak.

Skip to content