7 APRIL 2022 (KHAMIS)

Program Cabutan Undi Tapak Niaga Bazar Raya Aidil Fitri Pekan Guar Chempedak Bagi Tahun 2022 telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.


Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para peniaga dan seterusnya sesi cabutan undi tapak niaga iaitu bagi tapak 20×20 sebanyak 42 tapak manakala tapak 10×10 sebanyak 45 tapak.


Antara produk yang akan dijual ialah makanan, pakaian, kuih raya, kasut dan lain-lain lagi.
Turut serta di dalam program ini ialah Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY, Ketua Jabatan Penguatkuasaan MDY serta urus setia dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDY.


Semoga para peniaga dapat menjalankan perniagaan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya dari aspek kualiti dan kebersihan makanan serta pematuhan SOP seperti yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Skip to content