Program Pemberian Bubur Lambuk Marrrybrown Sempena Sambutan Ramadhan 1443H / 2022 ini telah diadakan pada 7 April 2022 (Khamis) jam 6.00 petang bertempat di Kawasan Pusat Penjaja Utara, Kompleks Perniagaan Guar Utama, Guar Cempedak, Yan, Kedah.


Pihak Kompleks Perniagaan Guar Utama telah menjemput Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan (MDY), Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. bagi menyempurnakan pemberian bubur lambuk kepada para pengunjung dan pelanggan Kompleks Perniagaan Guar Utama tersebut.
Sebanyak 300 bekas Bubur Lambuk Marrybrown telah diberikan kepada para pengunjung dan pelanggan yang hadir pada petang tersebut.


Semoga dengan program pemberian seperti ini, kita dapat bersama menikmati dan berkongsi rezeki sebagai juadah berbuka di samping meraikan bulan Ramadan yang mulia ini.


Turut hadir dalam program ringkas ini ialah para Penghulu Mukim Daerah Yan dan wakil pengurusan Kompleks Perniagaan Guar Utama.


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan Kompleks Perniagaan Guar Utama dan Marrybrown atas penganjuran program yang sangat bermanfaat dan bermakna seperti ini.

Skip to content