MAJLIS DAERAH BALING
KENYATAAN TAWARAN
- Sebut harga adalah dipelawa daripada Pembekal-Pembekal tempatan yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya dan berdaftar dengan Majlis Daerah Baling dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan/bekalan serta syarat-syarat seperti berikut :-
BIL. | BUTIR-BUTIR TAWARAN | SYARAT PENDAFTARAN | HARGA DOKUMEN | TARIKH JUALAN | TARIKH TUTUP |
1. | Sebut Harga Perkhidmatan Dobi Di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dan Rumah Rehat Majlis Daerah Baling MDB/SH/02/2022(PK) (BUKA SEMULA) | i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) 222302 (Perkhidmatan Domestik- Dobi) ii) Bertaraf Bumiputera ii) Sijil SSM | RM 30 | 11 April 2022 hingga 12 April 2022 | 13 April 2022 |
- Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 11 April 2022 hingga 13 April 2022 semasa waktu kaunter beroperasi seperti berikut :-
- Ahad – Rabu : 8.00 Pagi – 4.30 Petang ( Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
- Khamis : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
- Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai 11 April 2022 hingga 12 April 2022 di Kaunter Hasil , Jabatan Perbendaharaan , Majlis Daerah Baling dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM 30.00 (tidak kembalikan) dalam bentuk wang tunai. Pembekal hendaklah menghantar dokumen sebut harga menggunakan sampul surat berlakri.
- Naskah Tawaran hanya dikeluarkan kepada pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kod bidang berkaitan, Sijil SSM , penyata bank syarikat dan pembekal juga perlu berdaftar dengan Majlis Daerah Baling.
- Naskah Tawaran mestilah di masukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda no. sebut harga dan tajuk perkhidmatan/bekalan.
- Naskah Tawaran yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum/pada dan tidak lewat daripada jam 12.00 Tengahari pada 13 April 2022 di :
PETI TAWARAN SEBUT HARGA,
MAJLIS DAERAH BALING,
09100 BALING ,
KEDAH DARUL AMAN.
…………………………… Yang Dipertua Majlis Daerah Baling Kedah Darul Aman |
https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2022/04/TAWARAN-IKLAN-1-1.pdf