MAJLIS DAERAH BALING

KENYATAAN TAWARAN

  1. Sebut harga adalah dipelawa daripada Pembekal-Pembekal tempatan yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya dan berdaftar dengan Majlis Daerah Baling dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan/bekalan serta syarat-syarat seperti berikut :-
BIL.BUTIR-BUTIR TAWARANSYARAT PENDAFTARANHARGA DOKUMENTARIKH JUALANTARIKH TUTUP
  1.  Sebut Harga Perkhidmatan Dobi Di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dan Rumah Rehat Majlis Daerah Baling   MDB/SH/02/2022(PK) (BUKA SEMULA)    i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) 222302 (Perkhidmatan Domestik- Dobi)   ii) Bertaraf Bumiputera   ii) Sijil SSM            RM 30        11 April 2022   hingga   12 April 2022    13 April 2022
  • Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 11 April 2022 hingga 13 April 2022 semasa waktu kaunter beroperasi seperti berikut :-
  • Ahad – Rabu  : 8.00 Pagi – 4.30 Petang ( Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
  • Khamis            : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
  • Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai 11 April 2022 hingga 12 April 2022 di Kaunter Hasil , Jabatan Perbendaharaan , Majlis Daerah Baling dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM 30.00 (tidak kembalikan) dalam bentuk wang tunai. Pembekal hendaklah menghantar dokumen sebut harga menggunakan sampul surat berlakri.
  • Naskah Tawaran hanya dikeluarkan kepada pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah  membawa surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kod bidang berkaitan, Sijil SSM , penyata bank syarikat dan pembekal juga perlu berdaftar dengan Majlis Daerah Baling.
  • Naskah Tawaran mestilah di masukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda no. sebut harga dan tajuk perkhidmatan/bekalan.
  • Naskah Tawaran yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum/pada dan tidak lewat daripada jam 12.00 Tengahari pada 13 April 2022 di :

PETI TAWARAN SEBUT HARGA,

MAJLIS DAERAH BALING,

09100 BALING ,

KEDAH DARUL AMAN.

    …………………………… Yang Dipertua Majlis Daerah Baling Kedah Darul Aman    

           

https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2022/04/TAWARAN-IKLAN-1-1.pdf

Skip to content