11 APRIL 2022 (ISNIN)

TAKLIMAT BAZAR OLEH PEJABAT PENERANGAN DAERAH BANDAR BAHARU – PROGRAM INFO ON WHEELS (IOW) DI BAZAR RAMADAN BANDAR BAHARU

Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Program Info On Wheels (IOW) bertempat di Bazar Ramadan Bandar Baharu dengan tujuan menyampaikan maklumat dasar-dasar kerajaan. Program ini juga diadakan untuk memberi penyebaran dan penerangan maklumat kepada masyarakat menggunakan pendekatan turun padang secara bersemuka untuk membina persepsi yang baik terhadap kerajaan. 

Program ini juga turut melibatkan kerjasama bersama jabatan dan agensi seperti Pusat Khidmat ADUN Bandar Baharu, Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu, PKD, APM, MDBB, Penghulu Mukim, JPKK, Komuniti Keluarga Malaysia serta pemimpin tempatan di Daerah Bandar Baharu. 

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program berlangsung. 

Skip to content