13 APRIL 2022 (RABU)

Majlis Penyerahan Inden Kerja di bawah peruntukan KPKT ini telah diadakan pada jam 4.00 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM .


Inden kerja dan Surat Setuju Terima (SST) ini disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan (MDY), Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. kepada para wakil syarikat kontraktor yang dilantik. Skop projek ini antaranya termasuklah membaikpulih bumbung, menggantikan papan lantai dan pemasangan dinding dengan tempoh projek selama 4 minggu.


KPKT telah meluluskan 5 Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak menerima Bantuan Baik Pulih Rumah di Bandar Fasa 1 Tahun 2022 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas kelulusan penyaluran peruntukan kepada Majlis Daerah Yan (MDY) bagi projek – projek ini.

Skip to content