MAJLIS PERASMIAN QARYAH RAMADAN 1443H
Sekitar Majlis Perasmian Qaryah Ramadan 1443H yang berlangsung pada 16 April 2022 (Sabtu) jam 6.00 petang bertempat di Dataran Zero Kilometer, Sungai Petani. Program tersebut akan berlangsung mulai 14 Ramadan 1443H (16 April 2022) hingga 30 Ramadan 1443H (2 Mei 2022). Ia adalah salah satu usaha dalam meninggikan syiar Islam dalam kalangan masyarakat bandar Sungai Petani yang menampilkan aktiviti ibadah seperti ruangan solat di Pentas Dataran Zero Kilometer, majlis berbuka puasa, solat jemaah Asar, Maghrib, Isyak, solat Sunat Tarawih dan Witir serta Majlis Tadarus Al-Quran. Penganjuran aktiviti keagamaan di tapak tersebut juga sebagai satu alternatif dan galakan kepada para pengunjung dan peniaga dalam melaksanakan tuntutan dalam kesibukan urusan harian.
Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Mengiringi beliau adalah YB Brigadier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Dato’ Hajah Ustazah Siti Aishah binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan serta YB Dr Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina.
Turut bersama, Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK, Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, barisan Ahli Majlis MPSPK serta masyarakat sekitar.