17 APRIL 2022 (AHAD)

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 4 TAHUN 2022.

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan atas talian) dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Rohaizad bin Rashid., SDK., AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 3 Tahun 2022 yang diadakan pada 23 Mac 2022 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Mac 2022.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Dr. Rozaimah Binti Abu Talib yang hadir secara maya mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 sehingga 16 April 2022 di Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex-officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

 

Skip to content