19 APRIL 2022 (SELASA)

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH BANDAR BAHARU (PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU DAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU)

Majlis Khatam Al-Quran sempena Ramadan Al-Mubarak 1443H/2022 telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan disertai oleh Majlis Daerah Bandar Baharu secara maya bertempat di Bilik Mesyuarat MDBB bermula jam 9.00 pagi.

Majlis tersebut diketuai oleh Tuan Syeikh Abdullah Bin Muhammed bin Abdullah Al Gharhazi yang dijemput khas daripada Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF) bagi memimpin bacaan yang disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Yang Dipertua MDBB iaitu Tuan Rohaizad Bin Rashid., SDK., AMK., BCK. bersama-sama Penghulu-penghulu Daerah Bandar Baharu, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Majlis berlangsung dengan bacaan surah beramai-ramai dan disudahi dengan pimpinan bacaan doa daripada Tuan Syeikh Abdullah Bin Muhammed bin Abdullah Al Gharhazi bagi mendapat keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini serta mendoakan kesejahteraan buat penduduk Daerah Bandar Baharu.

Akhir sekali, Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu yang hadir secara maya bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran 2022 ini.

Skip to content