Operasi bersepadu tidak menghormati bulan Ramadhan

JITRA – Operasi bersepadu tidak menghormati bulan Ramadhan yang melibatkan kerjasama antara Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Operasi ini memfokuskan kepada aduan orang awam berkenaan premis-premis yang menjalankan perniagaan menjual makanan dan minuman diawal pagi kepada orang islam yang tidak berpuasa.
Operasi yang berlangsung membuahkan hasil apabila sebilangan besar aktiviti-aktiviti penjualan makanan dan minuman yang dilakukan di siang hari secara berselindung berjaya dibanteras dan ini sekaligus mencapai objektif utama operasi.
 
19 April 2022
Skip to content