PENGUMUMAN :
 
KENYATAAN TAWARAN MENAIKTARAF PAGAR DAN DATARAN DEWAN SERI SERDANG, MD BANDAR BAHARU
 
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor berdaftar dengan Majlis Daerah Bandar Baharu, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri (CIDB).
 
Naskah dokumen tawaran boleh dibeli dengan harga RM 50.00 daripada Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan, MDBB.
Lawatan tapak akan diadakan pada tarikh 21 APRIL 2022 (Khamis) jam 9.30 pagi di Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.
 
Dokumen tawaran yang telah sempurna perlu dihantar ke peti tawaran Majlis Daerah Bandar Baharu tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari, 28 April 2022 (Khamis).
 
Jawatankuasa sebutharga Majlis Daerah Bandar Baharu tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang ditawarkan.
Keputusan jawatankuasa sebutharga Majlis Daerah Bandar Baharu adalah muktamad.
 
Dengan Perintah,
Tuan Yang Dipertua
Majlis Daerah Bandar Baharu
Skip to content