Penyampaian Sumbangan Bantuan Bencana Kepada Mangsa Kebakaran ini telah diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.Tuan Pegawai Daerah Yan / Tuan YDP Majlis Daerah Yan (MDY) merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. telah menyampaikan sumbangan bantuan berupa cek dari Akaun Tabung Bencana Daerah Yan, manakala Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi MDY, Encik Muhamad Khairi Mahir bin Zolkofle pula telah menyampaikan bantuan wang tunai hasil sumbangan daripada Kelab Sukan dan Rekreasi MDY serta para individu prihatin kepada mangsa kebakaran tersebut iaitu Encik Aziz bin Yahya yang merupakan ayah kepada Puan Hasmiza Binti Aziz, (Pembantu Akauntan di Jabatan Perbendaharaan MDY) yang juga ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 16 April 2022 jam 12.30 tengah malam tersebut telah memusnahkan hampir keseluruhan rumah berkenaan namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku.Turut hadir dalam program ringkas ini ialah Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK., KPPD (Pengurusan Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Yan merangkap Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan Puan Nurliza Binti Zakaria, Penolong Akauntan MDY merangkap Bendahari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada keluarga mangsa yang terlibat dan semoga mereka tabah dan bersabar atas ujian dan dugaan yang berlaku di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Skip to content