18 APRIL 2022 (ISNIN)

Majlis Perhimpunan Pagi dan Amanat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bersama Penjawat Awam Daerah Yan Bagi Tahun 2022 ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Zamri, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Kedah.

Seramai lebih kurang 200 orang penjawat awam persekutuan dan negeri hadir ke majlis tersebut yang terdiri dari pelbagai jabatan / agensi di Daerah Yan.

Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar bin Shaikh Mahmood Naim telah menyampaikan amanat serta pelbagai nasihat berguna kepada para penjawat awam yang hadir dalam majlis ini termasuk prinsip-prinsip SWIFT dan KRR.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Encik Faisal Rizal bin Mohammad [yang mewakili YBhg. Dato’ Timbalan SUK (Pembangunan)], Tuan Pegawai Daerah Yan merangkap YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.,Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Setiausaha Majlis Daerah Yan, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), ketua – ketua / wakil jabatan / agensi antaranya Ketua Polis Daerah Yan, Jurutera Daerah JKR Yan, Pegawai Agama Daerah Yan, Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Pegawai APM Daerah Yan, para penghulu mukim , seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan.

Skip to content