19 APRIL 2022 (SELASA)

PROGRAM INFO ON WHEELS (IOW) BERTEMPAT DI TAPAK BAZAR RAMADAN SERDANG, KEDAH. 

Program Info On Wheels (IOW) telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Bandar Baharu Dengan Kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu (PKDBB),  Angkatan Pertahanan Malaysia Bandar Baharu (APMBB), Agensi Antidadah Kebangsaan Bandar Baharu (AADKBB), Pejabat Zakat Bandar Baharu (PZBB) Dan Bank Islam bertempat di Bazar Ramadan, Serdang, Kedah  bermula sekitar jam 4.00 petang.

Program dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Rohaizad bin Rashid., SDK., AMK., BCK. bersama-sama Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Nor Asikin Binti Haria bersama-sama wakil kakitangan jabatan-jabatan yang terlibat menyantuni orang awam dengan mengedarkan flyers dan brosur hebahan  maklumat dasar-dasar kerajaan di Tapak Bazar Ramadan Serdang, Dataran Seri Serdang, Serdang, Kedah sebagai salah satu medium turun padang untuk lebih mendekati rakyat. 

Di samping itu juga, Tuan Yang Dipertua MDBB juga berbesar hati menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada para penjaja bazar dan orang awam yang berkesempatan mengunjungi bazar semasa program berlangsung. 

Skip to content