PROGRAM SUMBANGAN KASIH RAMADHAN 1443H

Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Biro Hal Ehwal Veteran telah mengadakan Program Sumbangan Kasih Ramadhan kepada Pesara Majlis Bandaraya Alor Setar pada 20 April 2022 yang lalu bertempat di Perkarangan Ibupejabat Utama MBAS.
 
Majlis sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Zaid Bin Ahmad, DSDK., AMK., BCK, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Turut bersama Tuan Haji Md. Nayan Bin Bahari, AMK., BCK, Yang Dipertua, Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar. Selain itu turut hadir bagi melancarkan majlis seluruh Ahli Jawatankuasa Kelab MBAS.
 
 
Skip to content