24 APRIL 2022 (AHAD)

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 3 Tahun 2022 ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

Mesyuarat dimulakan dengan Aluan Tuan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 2 Tahun 2022 bertarikh 31 Mac 2022 lalu serta membincangkan laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.
Agenda mesyuarat diteruskan dengan menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 3 Tahun 2022 bertarikh 13 April 2022, pembentangan beberapa kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan, laporan – laporan untuk makluman serta disusuli dengan taklimat iaitu “Anugerah Kejiranan Hijau” oleh pegawai PlanMalaysia Kedah / Ahli Majlis (ex officio) MDY , Puan Fakhriyah binti Hanafi serta hal-hal lain.

Tuan Yang Dipertua Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat Majlis Penuh MDY (politik dan ex-officio) yang hadir atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat dijalankan.Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1443H / 2022 kepada semua ahli mesyuarat.

Turut hadir dalam mesyuarat yang diadakan secara hibrid ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) PDTY, Tuan Setiausaha MDY, Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content