EDARAN BUBUR LAMBUK MPSPK

Edaran bubur lambuk Majlis Perbandaran Sungai Petani telah berlangsung pada 26 April 2022 (Selasa) pada jam 5.00 petang bertempat di Jalan Patani. Edaran bubur lambuk telah diketuai oleh Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani bersama Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani. Turut serta adalah Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian serta sejumlah kakitangan MPSPK. Program tersebut adalah anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sungai Petani. Sejumlah 1500 bekas bubur lambuk telah berjaya diedarkan kepada orang awam serta kakitangan MPSPK.

Skip to content