MAJLIS IFTAR BERSAMA WARGA KERJA MPSPK 2022/1443H & MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM

Program tersebut telah berlangsung pada 26 April 2022 (Selasa) pada jam 6.00 petang hingga 10.00 malam bertempat di perkarangan Pejabat Daerah Kuala Muda dan Dataran Jam Besar. Program bermula dengan bacaan doa, seterusnya ucapan daripada Ustaz Mohamad bin Ismail selaku Ketua Whip Ahli Majlis MPSPK serta ucapan daripada Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan dilanjutkan dengan pemberian duit raya dan baucer membeli belah kepada kesemua 90 orang anak-anak yatim.

Program diteruskan pula dengan Solat Maghrib secara berjemaah di Qaryah Ramadan Dataran Jam Besar. Program berakhir setelah selesai sesi membeli belah di sekitar Karnival Aidilfitri Dataran Jam Besar. Turut serta dalam program tersebut adalah Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, barisan Ahli Majlis MPSPK, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan MPSPK.

Skip to content