Dalam keterujaan menyambut ketibaan Syawal, terasa hiba kerana Ramadhan telah berlalu pergi meninggalkan kita.
Marilah bersama-sama kita meraikan perayaan Aidilfitri kali ini dengan penuh ukhuwah serta kesyukuran.
Di samping kemeriahan menyambut Aidilfitri, sentiasalah patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.
Kepada anda semua pengguna jalan raya, jadilah pengguna yang berhemah dan sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Semoga anda semua selamat tiba dan kembali ke destinasi masing-masing.
Tulus Ikhlas Daripada Datuk Bandar, Ahli Majlis Dan Seluruh Warga Majlis Bandaraya Alor Setar.