KENYATAAN TAWARAN TENDER

Tender adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya Malaysia serta Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dalam gred dan kategori yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut.

BIL. PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TEMPAT BERKUMPUL JAM TARIKH LAWAT TAPAK
1.

Membina Gerai Niaga di Atas Sebahagian Lot 5133, Taman Bersatu, Majlis Perbandaran Sungai Petani

No. Tender : 57/2022 (KEJ)

CIDB

Bumiputera

Gred : G3

Kategori : B, CE & ME

Pengkhususan : B04 dan CE21

*Hanya Pemilik / Pengarah Syarikat Yang Dibenarkan Menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak*

Lot 5133,
Taman Bersatu,
Sungai Petani, Kedah
12.00 tengah hari

16 Mei 2022
(Isnin)

Lawatan tapak DIWAJIBKAN. Harga dokumen RM50.00 (Dalam bentuk CD bagi setiap tender – Bayaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank / Cek / Wang Pos dan dibuat atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI.

Dokumen tender ini boleh didapati dari Tingkat 1, Laluan Auditorium, Bahagian Perolehan, Jabatan Kewangan pada hari dan waktu seperti berikut :-

Tarikh Jualan Dokumen : 16 Mei 2022 (Isnin)
Tarikh Tutup Jualan Dokumen : 02 Jun 2022 (Khamis)

Dokumen boleh didapati pada waktu pejabat seperti berikut :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    1.45 petang – 4.00 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    1.45 petang – 2.30 petang

Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen tender.

Tarikh tutup tender ialah pada 07 Jun 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Tingkat 1, Bahagian Perolehan, Jabatan Kewangan, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat dengan tawaran terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 10 Mei 2022

Skip to content