10 MEI 2022 (SELASA)

Mesyuarat ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.


Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan mengenai Aturcara Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang dijangka akan diadakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada 22 Mei 2022 bersamaan 20 Syawal 1443H.


Beberapa jawatankuasa kecil turut dibentuk dan dianggotai oleh para pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan bagi memastikan kelancaran program berkenaan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Yan / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Yan / Setiausaha Majlis Daerah Yan, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Yan, para Penghulu Mukim, para Ketua Jabatan / Bahagian / Unit serta urus setia dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Skip to content