JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MPSPK 2022

Jamuan Hari Raya Aidilfitri MPSPK telah berlangsung pada 19 Mei 2022 (Khamis) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Kenangan, MPSPK. Jamuan tersebut menampilkan pelbagai juadah tradisional yang sinonim dengan sambutan Aidilfitri. Turut diadakan adalah persembahan pentas oleh kakitangan MPSPK. Pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir turut menceriakan lagi suasana majlis.

Antara tetamu jemputan yang hadir adalah YB Dr Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina merangkap ADUN Sidam, YB Ustaz Hanif bin Ghazali, ADUN Tanjung Dawai dan YB Encik Simon Ooi Tze Min, ADUN Bakar Arang.

Turut bersama, Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK, Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, barisan Ahli Majlis MPSPK serta para kakitangan MPSPK bersama keluarga.

Skip to content