KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 41/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Kawasan Perindustrian Bukit Makmur, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE01

2. 42/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Taman Intan, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE01

3. 43/2022
(KEJ)
Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Taman Makmur dan Taman Sentosa, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE01

4. 44/2022
(KEJ)
Menurap Semula Jalan di Taman Ria Indah dan Taman Ria Murni, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE01

5. 58/2022
(KEJ)
Menurap Semula Jalan di Taman Arked, Sungai Petani, Kedah Darul Aman Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE01
6. 60/2022
(KEJ)
Menurap Semula Jalan di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah Darul Aman Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE01
7. 61/2022
(KEJ)
Menurap Semula Jalan di Taman Seruling, Sungai Petani, Kedah Darul Aman Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE01

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)
(Wang tidak akan di kembalikan)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 29 Mei 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 07 Jun 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

Untuk Makluman

Lawatan tapak tidak diadakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Tuan / puan boleh melawat sendiri kawasan / tapak berkenaan sepanjang tempoh sebut harga ini dijual. Sekiranya pihak tuan / puan ingin melawat kawasan / tapak berkenaan, sila pastikan pihak tuan / puan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 22 Mei 2022

Skip to content