KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan salah satu kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang tertera di bawah.

BIL. TAJUK KOD BIDANG TARIKH & MASA TAKLIMAT SEBUT HARGA TEMPAT TAKLIMAT
59/2022
(MEK)
Membekal dan Memasang Papan Tanda Lorong Jenis FRP di Taman-Taman Perumahan Sekitar Daerah Kuala Muda Kedah Darul Aman Secara Kontrak Tahunan Kedah Bagi Tempoh 24 Bulan 010401 atau 010499

Tarikh
31 Mei 2022

Masa
10.00 pagi

Kehadiran Adalah Wajib

Dewan Auditorium, Menara MPSPK

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 31 Mei 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 06 Jun 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 18 Mei 2022

Skip to content