19 MEI 2022 - JAMUAN AIDILFITRI PERINGKAT UTC KEDAH, MBAS 2022

 
Sekitar kemeriahan Majlis Jamuan Aidilfitri UTC Kedah, MBAS bagi tahun 2022.
 
Majlis pada tahun ini merupakan anjuran bersama Pengurusan UTC Kedah, Bhg. Pengurusan Harta, MBAS dan semua Pejabat MBAS yang berada di dalam UTC Kedah merangkumi Bhg. Pelesenan, Unit Tempat Letak Kereta, Bhg. Inspektorat Kesihatan Persekitaran, Bhg. Audit dalam dan Bhg. Kawalan Penyakit & Promosi Kesihatan bertempat di ruang legar Aras 4 Bangunan UTC Kedah.
 
Majlis diserikan dengan kehadiran Puan Amirah Khairiah Binti Abdul Latip, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Bandaraya alor Setar. Turut bersama memeriahkan majlis Encik Nasrankamil Bin Noh, AMK., BCK, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Turut hadir Pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua bahagian Majlis Bandaraya Alor Setar serta seluruh warga kerja MBAS dan Kakitangan Agensi Kerajaan dalam UTC Kedah.
 
Skip to content