Mesyuarat – mesyuarat ini diadakan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.


Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 3 Tahun 2022 yang diadakan pada 13 April 2022 lalu.


Mesyuarat diteruskan dengan laporan maklumbalas perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baharu serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan April 2022.


Mesyuarat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Siti Rohana Binti Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Yan (Ahli Majlis ex officio MDY penggal 2022-2023) yang bertukar ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mulai 23 Mei 2022 atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di Daerah Yan.


Semoga beliau terus maju jaya dan cemerlang di tempat bertugas baru dan sepanjang karier perkhidmatan beliau. Turut hadir dalam mesyuarat – mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit serta urus setia Majlis Daerah Yan.

Skip to content