Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Majlis Daerah Yan Bagi Suku Pertama Tahun 2022 ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., pada jam 3.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Majlis Daerah Yan Bagi Suku Keempat Tahun 2021 bertarikh 10 Mac 2022 yang lalu.


Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut dan diikuti dengan perkara-perkara baharu iaitu pembentangan Laporan Suku Tahun Peruntukan Bagi Perolehan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara Dan Stok Kerajaan Bagi Suku Tahun Pertama Bagi Tahun 2022 dan hal – hal lain.


Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan, Ketua-Ketua / wakil Jabatan / Unit MDY serta urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) MDY.

Skip to content