Mesyuarat JPKA Bagi Suku Pertama Tahun 2022 MDY ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., secara bersemuka bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Yan bermula jam 4.15 petang.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat JPKA Bagi Suku Keempat Tahun 2021 MDY bertarikh 10 Mac 2022 yang lalu serta laporan maklumbalas perkara – perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.


Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan mengenai Tanah Pajakan, Pemeriksaan Jabatan Akauntan Negara Mengenai Akta Wang Tak Dituntut (WTD) 1965 Di Bawah Seksyen 12 di Majlis Daerah Yan dan Semakan Semula Penama Bekalan Air Syarikat Air Darulaman (SADA) di Gerai Majlis Daerah Yan.
Laporan-laporan JPKA Bagi Suku Pertama Tahun 2022 yang dibentangkan termasuklah Laporan Pengurusan Bajet, Laporan Pengurusan Perakaunan, Laporan Pengurusan Perolehan dan Laporan Pengurusan Aset dan Stor, Penyediaan dan Pembentangan Penyata Kewangan, Langkah – langkah Penjimatan oleh MDY dan hal – hal lain.


Turut hadir dalam mesyuarat ialah Tuan Setiausaha MDY, Penolong Akauntan MDY, Ketua-Ketua / wakil Jabatan / Unit MDY serta urus setia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) MDY.

Skip to content