Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) MDY Bil. 4 Tahun 2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., diadakan secara bersemuka pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah, Yan.


Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 3 Tahun 2022 yang diadakan pada 13 April 2022 yang lalu serta laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Laporan Jumlah Dan Status Fail Permohonan Pelan-Pelan Pemajuan.


Selain itu, mesyuarat turut membentangkan Pengesahan Kertas Pemakluman Permohonan / Pendepositan Bagi Tujuan Rekod PBT iaitu Pendepositan CCC serta hal – hal lain. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Ahli-Ahli Majlis MDY (politik dan ex officio), wakil-wakil jabatan / agensi teknikal berkaitan dan Ketua-Ketua Jabatan / Unit Teknikal MDY berkaitan serta urus setia dari Unit OSC MDY.

Skip to content