Sesi Kunjung Hormat Pengarah Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (iLeaGue) UTM Kuala Lumpur, Prof. Madya Ts. Dr. Asnul Dahar bin Minghat kepada Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. ini telah diadakan pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Tuan Pegawai Daerah Yan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.


Sesi ringkas tetapi sangat bermakna ini bertujuan sebagai medium suai kenal antara pihak UTMKL bersama Tuan Pegawai Daerah Yan di samping ruang berkongsi idea dan pandangan serta perbincangan pelbagai isu dan perkara berkaitan melibatkan Daerah Yan yang juga Daerah Pelancongan Desa.
Selain itu, turut dibincangkan ialah cadangan penganjuran beberapa aktiviti dan program melibatkan para mahasiswa UTMKL bersama masyarakat setempat.


Sesi kunjung hormat ini kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar bersama Tuan Pegawai Daerah Yan. Turut hadir dalam kunjungan berkenaan ialah Dr. Rasheed Mohamed Kutty, Felo Institut/ Pensyarah UTM iLeaGue UTMKL dan Puan Nurul Diana Kayat, Pengurus UTM iLeaGue UTMKL.

Skip to content